KOPERASI SRI SEKAWAN
KULAI BERHAD

Mengaplikasi pendekatan perusahaan sosial dalam aktiviti koperasi

Lihat keindahan dunia dari satu destinasi pada satu masa

Kami di Koperasi Sri Sekawan memahami bahawa kejayaan sesuatu perniagaan tidak harus dilalui sendirian. Dengan semangat gotong-royong, kami menyediakan platform untuk ahli-ahli kami berkongsi idea, pengalaman, dan sokongan yang diperlukan untuk mencapai matlamat perniagaan mereka. Melalui program sokongan, perkhidmatan kewangan yang telus, dan komuniti yang berdaya, kami bertekad untuk menjadi rakan kongsi setia dalam perjalanan kejayaan perniagaan anda. Sertai kami di Koperasi Sri Sekawan hari ini untuk merasai kekuatan kolaborasi dan kejayaan bersama !

Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad (SEKAWAN KOOP)

Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad ditubuhkan pada 14 Mei 2013 dan nama Sekawan bermula dengan nama Persatuan Belia yang telah ditubuhkan pada tahun 1994 di kampung ini dan membawa maksud Sedia ke Arah Wawasan Negara (SEKAWAN).

Pelancongan

Desa Stay dan Desa Melawat Kg. Sri Gunung Pulai diwujudkan untuk menyediakan perkhidmatan penginapan khususnya kepada pelancong antarabangsa. D'Cabin Chalet Gunung Pulai disewakan kepada pelancong tempatan sebagai tempat penginapan percutian. Aktiviti Air Terjun Gunung Pulai dan Jungle Trekking menjadi tarikan utama pelancong yang datang ke kampung ini.

Perkhidmatan

Pada awal tahun 2016, koperasi menyediakan 220 tempat letak kereta di sepanjang jalan menuju ke air terjun. Koperasi turut menawarkan perkhidmatan sewa van untuk kemudahan pengunjung keluar masuk ke kawasan D'Cabin Chalet Gunung Pulai. Ia juga digunakan untuk membawa pelancong dari pintu masuk hutan ke kawasan mandian tingkat pertama Gunung Pulai.

Peruncitan

Peruntukan pemindahan bernilai RM 100,000 daripada Kerajaan Negeri Johor adalah untuk pembekalan barangan runcit daripada Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (IMCOOP) dan geran bernilai RM 150,000 daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk membina dan mengubah suai Kedai Runcit Harga Patut (KHP).

PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

Menubuhkan pusat industri makanan ringan untuk mempromosikan produk penduduk tempatan dan menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara hampir setiap hari. Selain itu, menyediakan aktiviti tunjuk cara memasak. Projek ini secara tidak langsung memberi peluang kepada penduduk setempat menjana pendapatan.

Peluang besar untuk komuniti

Kelebihan yang diterima oleh ahli melalui aktiviti koperasi berasaskan keusahawanan sosial:

3p

People, Planet, Profit

0 +
Pelanggan

Kerjasama dan Kesepakatan

Tanggungjawab dan Amanah

Permuafakatan

Komited dan Proaktif

Tarikan Pelancong di Kulai, Johor

D'Cabin Chalet Gunung Pulai

Apa Yang Dikatakan Pelancong

pOST Terkini

hiker-forest

Hubung dengan kita guna whatsapp